Sunday 6 May 2012

cara-cara utk mengambil wudhu'

assalamualaikum

arinih ak nk cerita pasai wudhu',
utk menunaikan solat kita kena la berwudhu' tp mostly org ramai pandang remeh bab nih
kekadang tuh nk cepat, kita main tibai ja..endah xendah ja pasai wudhu'
suma nk express tp jgn lupa yg solat xsah kalu wudhu' xsempurna..



Hadis: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya: " Ada seorang lelaki berwudhu' tetapi ada kakinya yg tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda: " Ulang kembali wudhu' mu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!" Orang itu pun berwudhu' kembali dan sesudah itu dia solat."
(Muslim)


Maksud wudhu'
Dari segi bahasa: sesuatu perbuatan yg mgunakan air pada anggota2 tertentu.
Dari segi syarak; membersihkan sesuatu yg tertentu dgn beberapa perbuatan yg tertentu, dmulakan dgn niat, mbasuh muka, mbasuh kedua2 belah tgn, menyapu kepala dan akhirnya mbasuh kedua belah kaki dgn syarat2 dan rukun2 tertentu.

Hukum wudhu'

  1. Wajib: utk menunaikan ibadah (cth: solat fardhu/sunat), ketika hendak melakukan tawaf Ka'abah (fardhu/sunat), menyentuh Al-Qur'an dan sebagainya.
  2. Sunat: antaranya seperti membaca/mendengar bacaan Al-Qur'an, mbawa kitab tafsir, melakukan azan, duduk di dlm masjid, menziarahi makam Rasulullah SAW, ketika hendak tidur, dan banyak lagi.
Fardhu wudhu'
  1. Niat ketika meratakan air ke seluruh muka: "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala" atau "Sahaja aku berwudhu' kerana Allah Taala"
  2. Membasuh muka. Had bahagian yg wajib dibasuh: dari tempat tumbuh rambut disebelah ats hingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah  dan lintangannya adalah dari telinga ke telinga.
  3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku. Bagi org yg xda siku disunatkan mmbasuh hujung anggota yg ada. 
  4. Menyapu sedikit air di kepala (rambut).
  5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali.
  6. Tertib: mengikut turutan mengambil wudhu'.
Perkara sunat ketika berwudhu'



Antaranya ialah:

  1. Membaca 'Bismillah'  
  2. Membasuh kedua2 tapak tgn hingga pergelangan tgn.
  3. Berkumur.
  4. Memasukkan air ke dlm hidung (membersihkannya)
  5. Menyapu seluruh kepala.
  6. Menyapu kedua2 telinga.
  7. Menyelati janggut yg tebal (jika ada)
  8. Mendahulukan anggota yg kanan drpd yg kiri.
  9. menyelati celah2 jari tgn dan jari kaki.
  10. melebihkan basuhan tgn dan kaki dari had yg wajib.
  11. Mengulangi perbuatan membasuh sebyk 3kali.
  12. Membasuh secara berturut2: tidak menjarakkan masa membasuh antara satu anggota dgn anggota yg lain hingga ianya kering.
  13. Menggosok anggota wudhu' supaya lebih bersih.
  14. Bersugi (gosok gigi)
  15. Menghadap kiblat.
  16. Membaca doa selepas berwudhu':
Maksudnya:
" Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yg Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaki bahawa Nabi Muhammad SAW itu hambaNya dan rasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan org2 yg bertaubat dan jadikan aku dari golongan org2 yg bersih"

Perkara membatalkan wudhu'
  1. Keluar sesuatu drpd lubang dubur atau qubul (cth: tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi, dan sebagainya). Melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar air mani, dwajibkan mandi hadas.
  2. Tidur yg xtetap punggungnya, kecuali tidur dlm keadaan rapat kedua2 belahan punggungnya ke tmpat tidur/duduk.
  3. Hilang akal (cth: mabuk, gila, sakit /pitam) ; seseorang itu xmengetahui keadaan dirinya.
  4. Bersentuhan kulit lelaki n perempuan yg halal nikah/ajnabiyyah (bukan mahram) walaupon tlh mati.
  5. Menyentuh kemaluan (qubul n dubur) dgn tgn walaupon kemaluan sendiri.
  6. Murtad (keluar dari Islam)

sumber:  http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/wudhu.htm

No comments:

Post a Comment