Friday 7 December 2012

membaham takoyaki kt tako tao~

assalamualaikum sedara-sedari sekalian
arini ak nk kongsi satu mknan feveret ak..TAKOYAKI!!
heheh~

takoyaki nih sejenis snack dr jepun..bentuk dy bulat comei lotei  (^o^)
bancuhan tepung yg diisi ngan inti2 mantopp cam octopus, udang, abalone, belut, n macam2 lg der
takoyaki nih dimasak atas takoyaki pan..
bila da msak, atas dy letak sos takoyaki, mayonis n bonito (hirisan kecik2 ikan dr kluarga tuna)
lepaih tu...tgu apa lg, membaham le~

sejarahnya...
takoyaki nih di cipta oleh sorg pokcik kt Osaka nih
nma dy Tomekichi Endo (1935), yg idea asalnya dicedok dr satu jenis snack jepun yg lain: akashiyaki
yg asalnya dr bandar Akashi. akashiyaki pon dibuat dr bancuhan tepung n octopus then dmkn ngan fish broth. takoyaki nih drpd Osaka merebak kt Kansai then p plak kt Kanto n wilayah2 jepun yg lain.

TAKOYAKI
takoyaki yg sedang dimasak~







BONITO / KATSUOBUSHI
 yg da siap hiris

 sebelum hiris..

katsuobushi kezuriki (penghiris bonito) 


AKASHIYAKI / TAMAGOYAKI


sila lah lap ayaq liuq hangpa nooo...geli geleman cheq tgk ahahahaha~

Tuesday 27 November 2012

assalamualaikum...
arini ak da perjumpaan pepagi buta kt IPTA nun.. (rahsia, heheh~)
huhuhu..pepagi da tercongok kt depan lab, ngantok bhai (=,=')
mngeliat2 skit...tenyeh2 skit mata
zuppppp!
terpandang ciptaan ALLAH yg cantik...mak aiiii
manisnya senyuman, siap da lesung pipit tuhhh
fuyohh~
actually, lesung pipit tuh adalah satu kecacatan kt otot muka (zygomaticus major).
kalu otot nih lagi pendek dr saiz normal, kulit akan tertarik bila someone tu senyum / dy wt facial expression yg lain & bila kulit dy tertarik...kompom2 la pipi tu berlekuk. lekuk tu lesung pipit la








Saturday 24 November 2012

Virus manusia n komputer yg paling dahsyat dlm sejarah dunia (gambar)

assalamualaikum...
sambil dengaq lagu 'sudah cukup sudah' (syahdu seyhhh~)
ak dok la bc blog2 nih...
sedap2 layan blues, tup2 bunyi bunga api plak...cantik tp bising

then, ak sambung bc blog nih..interesting
check this out:


Friday 23 November 2012

masalah nih!!!!

assalamualaikum...
bebaru nih ak da bc satu artikel pasai komputer/laptop...
dalam artikel tu ada tulis yg satu kajian buktikan yg kalu org tu dok hadap komputer/laptop lebih dr 5jam sehari...dy leh hidap masalah jantung n misalignment kt badan...
huuuuu...takot sihh
mana tak nya, ak dok hadap lappy ak lebih dr 8jam
leh kata 12jam pon penah kot!!!
omaigosh!!!

Emmanuel Stamatakis dr University College London, Britain yg wat kajian tuh
responden dy lebih drpd 4500 org (35 thn keatas) n hasil kajian tu dterbitkan kat Journal of the American College of Cardiology.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”

kajian ni gak mdapati yg posisi duduk leh sbbkan penurunan 90% lipoprotein lipase n enzim jantung yg sihat.


cmni la muka ak time mula2 bc artikel tuh...mak aiiiii!

then...


huhuhuhuhu....i'm doomed!!!!!!
tu la...dok hadap sgt lappy, tau takut~


Thursday 15 November 2012

JERAWAT!


Assalamualaikum...
hadoiiilaaa, bila ak tgk muka akak ak
ak rsa pedih, muka dy naik byk jerawat!

auchhhhhh.....
muka ak pon da naik skit, tp sempat ak banteras!
bebaru nih ak d bc yg posisi jrawat leh jd isyarat pasai kita nya kesihatan tp bukan la secara menyeluruh..
hebat kan? heheh...check this out~

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.



auchhhhhhhhhhhhhhh!!!!


Monday 12 November 2012

demi mu...hujan sanggupku redah!!

assalamualaikum...
kebelakangan nih, petang2 asyik dok ujan
tak terkecuali arini gak (sejuk boh~)
nak djadikan cita...ak p la teman mak ak shopping brg2 dapoq arinih
then akak ak plak nk join ngan laki dy...
dok tgu2, lebih kurang satu jam br dy smpai umah ak (hampehhhh!!)
lepaih tu, kami dok la tawaf care**** tuh cr brg2
da siap byq suma brg, kami pon mencari2 tempat makan
mak ak ajk p mkn chicken chop (emmmm...lazat~)
lepaih mkn ujan plak trun...mak aiiii. mak ak pon terkejut
ak plak lagu nih >>  \(=,=')/

dpendek kan cita
kami pon smpai la umah
tup2...tadi abg ak ajk p supper plak
nk kata xmo, dy offer nk blanja plak
haishhhh...mna leh tolak rezeki kan, kui3
ak pon siap2 tukaq baju...kat luaq dok ujan lagi (huh..)

dpendek kan lagi cita nih 
ak n big bro ak pon smpai kt kedai mkn
bukan main berseri muka ak & bersinaq2 mata ak time dok bc menu
salah satu mknn feveret ada tertayang2 kt dlm menu tuh
ak pon apa lg....order laaaaaa

man city vs totham pon ak da xlayan...mknn da sampai
tu lg penting bhai..wakakakaka





walau dlanda ujan yg lebat, ak tetap kejaq hg!!


ohhh...kuew teow tomyam~

Wednesday 7 November 2012

baju nk p DATE!!

assalamualaikum...
baru arini ak tau yg bukan pompuan ja yg dok runsing pilih baju nk p date
rupanya laki pon sama!
alkisahnya pagi tadi (da la dlm kul 12.40 tadi..hehehe), ak tgh dok tdoq atas katil ak
tiba2, da satu makhluk ALLAH dok terjah bilik ak
xbg salam..xketuk pintu
tup2 ckp, "wei...ak nk guna bb hg leh?" sambil wt muka mintak penampaq

dek xtahan tgk muka dy tuh...ak pon bg la
ak pon ttp la mata ak blk
tp skit punya lama ak dok golek2 ats katil tuh, mmbr ak nih xterkutik pon, senyap ja
sambil dok scroll mouse kt bawah
muka dy bukan main dok seyes...
ak pon bgn n tny dy..kot2 la dy ada problem ka (prihatin ak nih!)

dy pon ckp yg awek dy ajk date sabtu nih...dats gud la ak ckp
tp dy wt muka bangang plak
ak tny lg...awatnya dy dok wt muka lagu tuh?
dy ngadu yg wardrobe dy xsesuai utk kuaq date

mak aiiiii...nk p date ja pon, bukan nya nk p interview
hadoiii la, yg xtahan nya siap nk try on9 shopping plak tuh (ada plak nohh, xpenah ak tau)

ak ckp yg dy leh bg ak pinjm bj kalu nk tp bj Tshirt ja la yg ak ada..
dy kata nk nmpk smart le..nk nmpk mantap la, then azan zohor
dy p la blk bilik utk solat zohor, katanya nk tenang kan diri
haiilaa..lantak hg la

then, ak plak smbung dok tgk baju2 kt dlm blog tuh..
da jugak yg bekenan kt ati nih:





ak plg kenan kt yg T-Rex hates pushups tuh :D



Friday 2 November 2012

bosan...bosan...bosan

assalamualaikum...
bosan nya la aii ari nih
asyik melangut tepi tingkap smbil tgk langit
huuuuu

tiba2 mmber ak pgl...'wei mat, hang xrsa sejuk ka dok hadap tingkap tuh?'
ak tgk dy..dy tgk ak..then dy tunjuk kt bhgn abdomen ak...
ak pon tgk la kt badan ak...then tetiba ak rsa sejuk gak
ptt la dy pelik...time dok ujan lebat2 cm nih ak leh hadap ke tingkap smbil xpakai baju =,='
haiyaaaaaaaa...

bajet badan lagu nih:


realitinya:


fufufufufufufu~


Monday 29 October 2012

suda lma bha nda ada d ostel nih =,='

assalamualaikum..
lama gila ak xupdate blog ak nih..huhuhu
bukan pa, byk sbb gak ak xon9

sbb2nya adalah~
1. bb xleh nk connect (cm haremm!)
2. kalu leh connect, line plak lembab
3. clinical time (byk gila keja kena setel)
4. report2 kna bertaip n kna antaq on time
5. last but not least..ak malaih sbenaqnya. ahahaha

smlm smpai ostel..punya la penat
jem + perot buat hal + lapaq + penin + bilik berabuk sgt + beg besaq (kna kemaih der!)
tuptaptuptap...suma keja da selesai

tpkan ak dpt berita yg sgt 'menggembirakan'
ak exm 5hb & 8hb nih...puihhhhhh!
huhuhuhu, br ja abih clinical da nk exm plak

apa2 pon...chill dlu
kita lyn one piece - new episode~

heheh~

Saturday 8 September 2012

Puasa 6 syawal

Puasa 6 Syawal
a) dilakukan secara berturut2 selepas Hari Raya pertama (lebih afdal).
b) Namun dbolehkan juga dgn berposa secara berselang-seli @ lain2 cara dlm tempoh 1bulan syawal.

Puasa Qadha' & sunat 6 syawal, mana yg perlu didahulukan?
a) dahulukan Qadha'
    kerana ia merupakan 'hutang' ibadah dgn ALLAH, mnakala posa 6 syawal hanya tambahan pahala.
b) dahulukan sunat 6 syawal
   kalu org yg byk uzur (haid, nifas dll) sampai bebelas ari. bulan syawal terhad tp tempoh qadha'  terbuka sepanjang tahun. 

Gabung posa qadha' n posa 6 syawal
niat: sahaja aku posa esok hari qadha' ramadhan serta 6 syawal kerana ALLAH Ta'ala.
Tp lebih afdal kalu qadha dulu br posa 6 syawal. 

Kesimpulannya 
a) afdhal kalu dahulukan posa qadha' then baru posa sunat syawal
b) dibolehkan posa sunat syawal then baru posa qadha.
c) dibolehkan gabung 2 niat posa (qadha' & sunat syawal)..2-in-1 la maksudnya.

posa la~

Wednesday 22 August 2012

The Expendables 2

assalamualaikum...
smlm lepaih p beraya umah akak ak
abg ak blnja tgk wayang cita The Expendables 2 kt MBO galaxy
muvi start 10.40pm tp time tu br pukui 9.21pm
mak aiii punya la lmbt lg
so, kami pon drive ja xdak hala tuju pon
tup2...muvi pon da nk start, nasib baek xterlepaih der
cita nih pasai satu team aka The Expendables.
Leader dy Barney Ross (stallone), blades specialist Lee Christmas (Statham), hand-to-hand combat specialist Yao (Jet Li), weapons specialist Hale Caeser (Crews), demolitions expert Toll Road (Couture), sniper Gunner Jensen (Lundgren) & Billy the Kid (Hemsworth). Mr Church (Willis) ngan Trench (Schwarzenegger) jadi watak tambahan ja dlm filem nih.
mmg mantap pelakon2 dy bhai, nk lg mantap Van Damme pon blakon tp jadi antagonis la..vilain nmanya~
Part2 yg ak kagum tgk time cita nih salah satunya time vilain wt roundhouse kick pisau Barney kt jantung Billy. selain tu byk gak dialog dy yg lawak.
Time Booker (Norris) muncul pon smart...dy sorg ja tp bab bunuh org mmg dahsyat.  time Lee decapitate Hector (Adkins) guna kipas helikopter pon mantap..menyembuq darah dy bhai!!
Part yg xkena kt mata ak plak time mula2 cita, depa selamatkan usahawan china then trun ke kapai depa guna kabel letrik..yg pelik nya depa x ter'stop' plak bila smpai kt pencawang2, str8 ja menggelonsoq guna kabel tuh..mustahil kot! lg satu part last time depa nyanyi smbil toast kt billy, cm sengal ja
tp xkisah la kan...apa2 pon cita nih ak suka gak la
Btw..ak tabik spring la kat Stallone sbb dy wt stunt sendiri bhai walaupon dy da injured time Expendables first dulu. doktor xbg tp dy nk wt gak...mmg mantap la dy nih, berdedikasi sguh!
jemput2 la tgk cita nih...tiket sendiri la ehh~






Tuesday 21 August 2012

assalamualaikum...
cam besa..tadi pon ak p beraya kt umah2 kenalan
tgh dok tgu org hidangkan ayaq untuk minum
tiba2...mata ak pon terpandang satu buku nih (da xigt la buku apa..)
ak pon bc la...xda la syok mna tp da satu artikel pasai Gurning Championship
mmg pelik tradisi kt England nih....siyesli 
Tujuan championships nih utk accomplish full face inversion = lips completely cover the head. Bunyik sebijik cam cartoon tp mmg da org leh wat bhai. org tua2 lg berbakat utk wt mimik tuh sbb lg senang nk msk kan idong dlm mulut kalu xdak gigi!!
Tradisi nih start tahun 1267..punya la lama br ak tau (=,=')
saksikan lah~

1) Anne Woods
Pemegang Guiness World Records utk org yg byk menang Gurning World Championships (Perempuan). Menang 27 kali.
gurning face

normal face :)


2) Tommy Mattison
Pemegang Guinness World Record utk org yg paling byk menang Gurning World Championships (Lelaki). Menang 11kali (1986-1987 & 1999-2008).
gurning face

normal face :)

For more info @ pics : http://benrussell.photoshelter.com/






Sunday 19 August 2012

singgah2 raya...

assalamualaikum...
da lma kot ak xupdate blog nih
da bersawang agknya
first of all...ak mau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat suma org yg dok bc blog nih~
umah ak thn nih sunyi kot coz thn nih rya umah mertua...huhuhuhu
so, org yg single ja yg ada kt umah nih...ak, akak ak, abg ak (dy keja kot) n mak ak
siyes sunyi bhai
tuk mengubat kesunyian rya nih
ak n family (akak n mak ak ja pon) p la singgah2 kt umah kenalan
3umah ja sempat ak tawaf
ahahaha...burppp, alhamdulillah kenyang~
sampai umah first...ak da melantak nasik impit, lemang, ketupat, rendang, lontong, sambal udang, kuih2 rya n 4jenis ayaq...siyes kenyang!!
3 umah ak p...3kali ak melantak benda yg sama
puihhhh...kenyang2~


MasyaALLAH...perot aku!!!

Tuesday 22 May 2012

Koleksi pakaian pengantin ,modelnya terlampau seksi!

assalamualaikum...
arini, lepaih subuh..mata ak terus segaq
nk tidoq blk tp makhluk bj biru kt bwh blok ak dok gelak mengilai2
dgn bunyik bas yg ala2 bunyi ketapi..depa nk p mna la hai pepagi nih?
btw..utk isi masa lapang ak la nih, ak pon selak2 la blog org
tetiba jumpa pasai koleksi bridal...model dy
perhhhhhhhh...superb!!!
check it out~







so sweeeeetttttttttt !!! lai..lai..lai..sapa bekenan leh pm ak~

Friday 18 May 2012

kalaulah duit jatuh dri langit (=,=')

assalamualaikum...
kebelakangan nih, idop ak agk mendung...
idop ak mendung bila wallet ak nipis
duit ohh duit!!!
kalaulah duit tu jatuh dari langit~
tgklah betapa mendung nya langit bila duit xckup


mmg mendungkan? huuuuuuu
tp gambaq langit mendung okei lg...
bawah nih ada gambaq yg lagi epic!!


RM 10....nk survive smpai elaun (=_=')


Sunday 6 May 2012

cara-cara utk mengambil wudhu'

assalamualaikum

arinih ak nk cerita pasai wudhu',
utk menunaikan solat kita kena la berwudhu' tp mostly org ramai pandang remeh bab nih
kekadang tuh nk cepat, kita main tibai ja..endah xendah ja pasai wudhu'
suma nk express tp jgn lupa yg solat xsah kalu wudhu' xsempurna..



Hadis: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya: " Ada seorang lelaki berwudhu' tetapi ada kakinya yg tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda: " Ulang kembali wudhu' mu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!" Orang itu pun berwudhu' kembali dan sesudah itu dia solat."
(Muslim)


Maksud wudhu'
Dari segi bahasa: sesuatu perbuatan yg mgunakan air pada anggota2 tertentu.
Dari segi syarak; membersihkan sesuatu yg tertentu dgn beberapa perbuatan yg tertentu, dmulakan dgn niat, mbasuh muka, mbasuh kedua2 belah tgn, menyapu kepala dan akhirnya mbasuh kedua belah kaki dgn syarat2 dan rukun2 tertentu.

Hukum wudhu'

  1. Wajib: utk menunaikan ibadah (cth: solat fardhu/sunat), ketika hendak melakukan tawaf Ka'abah (fardhu/sunat), menyentuh Al-Qur'an dan sebagainya.
  2. Sunat: antaranya seperti membaca/mendengar bacaan Al-Qur'an, mbawa kitab tafsir, melakukan azan, duduk di dlm masjid, menziarahi makam Rasulullah SAW, ketika hendak tidur, dan banyak lagi.
Fardhu wudhu'
  1. Niat ketika meratakan air ke seluruh muka: "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala" atau "Sahaja aku berwudhu' kerana Allah Taala"
  2. Membasuh muka. Had bahagian yg wajib dibasuh: dari tempat tumbuh rambut disebelah ats hingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah  dan lintangannya adalah dari telinga ke telinga.
  3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku. Bagi org yg xda siku disunatkan mmbasuh hujung anggota yg ada. 
  4. Menyapu sedikit air di kepala (rambut).
  5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali.
  6. Tertib: mengikut turutan mengambil wudhu'.
Perkara sunat ketika berwudhu'



Antaranya ialah:

  1. Membaca 'Bismillah'  
  2. Membasuh kedua2 tapak tgn hingga pergelangan tgn.
  3. Berkumur.
  4. Memasukkan air ke dlm hidung (membersihkannya)
  5. Menyapu seluruh kepala.
  6. Menyapu kedua2 telinga.
  7. Menyelati janggut yg tebal (jika ada)
  8. Mendahulukan anggota yg kanan drpd yg kiri.
  9. menyelati celah2 jari tgn dan jari kaki.
  10. melebihkan basuhan tgn dan kaki dari had yg wajib.
  11. Mengulangi perbuatan membasuh sebyk 3kali.
  12. Membasuh secara berturut2: tidak menjarakkan masa membasuh antara satu anggota dgn anggota yg lain hingga ianya kering.
  13. Menggosok anggota wudhu' supaya lebih bersih.
  14. Bersugi (gosok gigi)
  15. Menghadap kiblat.
  16. Membaca doa selepas berwudhu':
Maksudnya:
" Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yg Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaki bahawa Nabi Muhammad SAW itu hambaNya dan rasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan org2 yg bertaubat dan jadikan aku dari golongan org2 yg bersih"

Perkara membatalkan wudhu'
  1. Keluar sesuatu drpd lubang dubur atau qubul (cth: tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi, dan sebagainya). Melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar air mani, dwajibkan mandi hadas.
  2. Tidur yg xtetap punggungnya, kecuali tidur dlm keadaan rapat kedua2 belahan punggungnya ke tmpat tidur/duduk.
  3. Hilang akal (cth: mabuk, gila, sakit /pitam) ; seseorang itu xmengetahui keadaan dirinya.
  4. Bersentuhan kulit lelaki n perempuan yg halal nikah/ajnabiyyah (bukan mahram) walaupon tlh mati.
  5. Menyentuh kemaluan (qubul n dubur) dgn tgn walaupon kemaluan sendiri.
  6. Murtad (keluar dari Islam)

sumber:  http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/wudhu.htm

Tuesday 1 May 2012

desserts...yummy!!! (*o*)

assalamualaikum...
arini ak terasa cm nk mkn benda manih la plak
tp dompet ak da rabak, huuuuuuuuuuuu...
org dok kata kalu stressed
mostly org dok cari desserts utk mengubat lara~
tpkan ak agak mmg betoi walaupon ak xrsa stress pon
sbb kalu eja terbalik...dpt stressed = desserts kan (^o^)
nk ubat hati lara pon kna pada2 la
kang leh diabetes kalu dok balun ja benda manih2 nih!
make sure sedia tisu kt sebelah...
check this out :















untung kucing nih...JELES AKU!!!!!!