Wednesday 8 January 2014

assalamualaikum...
arini ak mai keja naik mnorail weii
penuh ngan budak sekolah (=,=')
tingat zaman dolu-dolu time sekolah
tp ak naik basikal p sekolah
dok tgk kekawan naik bmx, fixie
teringin sehh


fixie idaman hati ku!!!!


basikal E Ford Bike (smart!)


tapi yang mampu pkai basikal tua ja

p/s: org biasa...basikal tua (lirik lagu basikal tua by allahyarham sudirman)


Thursday 28 November 2013

hujan....ohh hujan~

assalamualaikum suma
sampai opis awai update blog dulu (haru betoi la)
hurhurhur, lama sungguh aku tak wat post
btw...aku da grad!!!!
pejam celik..pejam celik, da dekat 4 bulan aku start keja
minggu ni ujan ja kan. huuuu, otw pi keja ujan..blk pon ujan
BASAH!!!

aku ni pantang skit ngan payung...ujan lebat pon ak main redah ja
xda makna nya nk pakai payung. Penah skali aku bantai pkai helmet time ujan...ahahahaha
org pandang tp ak wt derkk ja (^o^)


camni la aku kali time ujan...redah ja bhai!!

Friday 7 December 2012

membaham takoyaki kt tako tao~

assalamualaikum sedara-sedari sekalian
arini ak nk kongsi satu mknan feveret ak..TAKOYAKI!!
heheh~

takoyaki nih sejenis snack dr jepun..bentuk dy bulat comei lotei  (^o^)
bancuhan tepung yg diisi ngan inti2 mantopp cam octopus, udang, abalone, belut, n macam2 lg der
takoyaki nih dimasak atas takoyaki pan..
bila da msak, atas dy letak sos takoyaki, mayonis n bonito (hirisan kecik2 ikan dr kluarga tuna)
lepaih tu...tgu apa lg, membaham le~

sejarahnya...
takoyaki nih di cipta oleh sorg pokcik kt Osaka nih
nma dy Tomekichi Endo (1935), yg idea asalnya dicedok dr satu jenis snack jepun yg lain: akashiyaki
yg asalnya dr bandar Akashi. akashiyaki pon dibuat dr bancuhan tepung n octopus then dmkn ngan fish broth. takoyaki nih drpd Osaka merebak kt Kansai then p plak kt Kanto n wilayah2 jepun yg lain.

TAKOYAKI
takoyaki yg sedang dimasak~







BONITO / KATSUOBUSHI
 yg da siap hiris

 sebelum hiris..

katsuobushi kezuriki (penghiris bonito) 


AKASHIYAKI / TAMAGOYAKI


sila lah lap ayaq liuq hangpa nooo...geli geleman cheq tgk ahahahaha~

Tuesday 27 November 2012

assalamualaikum...
arini ak da perjumpaan pepagi buta kt IPTA nun.. (rahsia, heheh~)
huhuhu..pepagi da tercongok kt depan lab, ngantok bhai (=,=')
mngeliat2 skit...tenyeh2 skit mata
zuppppp!
terpandang ciptaan ALLAH yg cantik...mak aiiii
manisnya senyuman, siap da lesung pipit tuhhh
fuyohh~
actually, lesung pipit tuh adalah satu kecacatan kt otot muka (zygomaticus major).
kalu otot nih lagi pendek dr saiz normal, kulit akan tertarik bila someone tu senyum / dy wt facial expression yg lain & bila kulit dy tertarik...kompom2 la pipi tu berlekuk. lekuk tu lesung pipit la








Saturday 24 November 2012

Virus manusia n komputer yg paling dahsyat dlm sejarah dunia (gambar)

assalamualaikum...
sambil dengaq lagu 'sudah cukup sudah' (syahdu seyhhh~)
ak dok la bc blog2 nih...
sedap2 layan blues, tup2 bunyi bunga api plak...cantik tp bising

then, ak sambung bc blog nih..interesting
check this out:


Friday 23 November 2012

masalah nih!!!!

assalamualaikum...
bebaru nih ak da bc satu artikel pasai komputer/laptop...
dalam artikel tu ada tulis yg satu kajian buktikan yg kalu org tu dok hadap komputer/laptop lebih dr 5jam sehari...dy leh hidap masalah jantung n misalignment kt badan...
huuuuu...takot sihh
mana tak nya, ak dok hadap lappy ak lebih dr 8jam
leh kata 12jam pon penah kot!!!
omaigosh!!!

Emmanuel Stamatakis dr University College London, Britain yg wat kajian tuh
responden dy lebih drpd 4500 org (35 thn keatas) n hasil kajian tu dterbitkan kat Journal of the American College of Cardiology.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”

kajian ni gak mdapati yg posisi duduk leh sbbkan penurunan 90% lipoprotein lipase n enzim jantung yg sihat.


cmni la muka ak time mula2 bc artikel tuh...mak aiiiii!

then...


huhuhuhuhu....i'm doomed!!!!!!
tu la...dok hadap sgt lappy, tau takut~


Thursday 15 November 2012

JERAWAT!


Assalamualaikum...
hadoiiilaaa, bila ak tgk muka akak ak
ak rsa pedih, muka dy naik byk jerawat!

auchhhhhh.....
muka ak pon da naik skit, tp sempat ak banteras!
bebaru nih ak d bc yg posisi jrawat leh jd isyarat pasai kita nya kesihatan tp bukan la secara menyeluruh..
hebat kan? heheh...check this out~

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.



auchhhhhhhhhhhhhhh!!!!